fbpx
Others

Adakah Masalah PTI Di Sabah Akan Bertambah Serius Pada 2020?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Kita sudah pun memasuki dekad kedua dalam abad ke-21 ini, tetapi masalah lambakan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah masih tidak nampak penghujungnya. Malah, dengan pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang ingin menjemput lebih ramai pelancong dari negara luar untuk melawat bumi Malaysia yang bertuah ini, boleh membawa masalah yang akan memburukkan isu ini.

Untuk menarik hati pelancong dari China dan India, para pelancong daripada dua negara besar Asia itu akan dibenarkan untuk berada di Malaysia selama 15 hari tanpa sebarang visa, dengan syarat mereka mesti memiliki tiket penerbangan keluar dari Malaysia, wang poket mencukupi dan syarat-syarat lain. Mereka hanya perlu mendaftarkan diri dengan mudah melalui sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik.

Sebenarnya ini bukanlah perkara yang terlalu pelik. Banyak sahaja negara yang dikecualikan visa apabila pelancong dari negara tersebut melawat Malaysia. Akan tetapi perlu kita ingat bahawa menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018, lebih daripada 95% pelancong China dan India hilang atau tiada rekod keluar.

Ke mana lagi 95% pelancong dari dua negara ini pergi, kalau bukan tinggal di Malaysia? Malah, bukanlah satu rahsia yang ramai pendatang tidak berdaftar ini terlibat dalam pelbagai jenayah dalam negara seperti sindiket judi online, penjualan MyKad dan scam telefon.

Namun, kerajaan masih ingin melonggarkan syarat terhadap pelancong dari dua negara ini. Sepatutnya susulan daripada laporan audit tersebut, kerajaan perlu mengetatkan syarat masuk. Adakah hanya kerana ingin menarik minat pelancong, kerajaan sanggup meletakkan keselamatan sempadan negara dalam risiko?

Untuk negeri Sabah yang sudah pun mengalami masalah kebanjiran PTI, isu ini hanya akan merumitkan keadaan di negeri kedua terbesar itu. Sudahlah sekarang perlu uruskan PTI dari Filipina, nanti kena hadapi masalah PTI dari China dan India pula?

Dan dengan kerajaan Warisan yang sekarang ingin mendapatkan pelaburan asing (FDI) dari China sebanyak mungkin, adakah mereka akan membenarkan pelancong dari China untuk tinggal lebih lama di Sabah?

Sebagai contoh, jika kita lihat pada isu pemilikan Sabah Forest Industries (SFI), kerajaan Warisan sendiri yang mempelawa sebuah syarikat dari China, Lee & Man Paper Manufacturing, untuk ‘memotong jalan’ dan membeli SFI, melanggari sebuah perjanjian awal yang sepatutnya menjualkan SFI kepada sebuah syarikat Malaysia, Pelangi Prestasi Sdn Bhd.

Dalam usaha untuk memajukan ekonomi Sabah, kerajaan Warisan tidak seharusnya berlembut dengan ‘pelancong’ yang telah melanggar undang-undang agar keselamatan Sabah dipelihara.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.