Jelaslah kerajaan Sabah tidak mempunyai daya saing ekonomi. Menteri-menteri dalam kabinet yang masih lagi mentah terus meraba-raba dalam kegelapan dan tidak mempunyai kepastian dalam jenis-jenis projek.
Setelah berada dalam pihak pembangkang buat sekian lama, mereka cuma tahu mengkritik sahaja. Sekarang apabila mereka sendiri diberi peluang memegang tampuk pemerintahan, mereka seperti tiada hala tuju dan sentiasa membuat keputusan yang akhirnya merugikan rakyat Sabah.
Selepas memegang jawatan Ketua Menteri selama 14 bulan, Shafie Apdal dan ahli-ahli kabinetnya tidak banyak menyumbang kepada rakyat, selain menyambung projek-projek yang dimulakan kerajaan sebelumnya.
Menyambung semula projek-projek lama seperti Empangan Kaiduan yang dikecam ramai dan menukar namanya kepada Empangan Papar, tidak menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda rakyat Sabah.
Menghidupkan dan mengecilkan Tanjung Aru Eco-Development (TAED), sebuah projek yang ditentang oleh pentadbiran sekarang semasa mereka masih pembangkang dahulu, nampak seperti mereka tidak mempunyai projek baru untuk dilaksanakan.
Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang bertujuan untuk membantu rakyat Sabah yang miskin terbukti berjaya, dan kerajaan sekarang mengambil langkah yang betul dalam meneruskannya.
Akan tetapi, adakah cukup jika kerajaan sekarang sekadar mengikut jejak langkah kerajaan sebelumnya? Bagaimana ini boleh mengurangkan jurang pendapatan yang dialami rakyat Sabah?
Ini hanya boleh diperbaiki dengan kestabilan daripada pembangunan ekonomi yang mampan dan kewujudan peluang perkerjaan – sesuatu yang gagal dilakukan oleh pentadbiran sekarang.
Projek Oleh Kerajaan Sabah LAMA | Projek Oleh Kerajaan Sabah SEKARANG |
1. Empangan Kaiduan | 1. Dinamakan semula kepada Empangan Papar |
2. Tanjung Aru Eco-Development (TAED) | 2. Mengecilkan projek TAED |
3. Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) | 3. Penyambungan Mesej |
4. 26 + 5 Entry Point Projects |
Maka tidak mengejutkanlah bahawa inilah kerajaan sama yang tidak mengeluarkan sebarang rancangan konkrit berkaitan pembangunan ekonomi Sabah, selain menyambung projek-projek kerajaan sebelumnya.
Penyambungan projek-projek ini oleh kerajaan negeri yang diterajui Warisan adalah sejenis bentuk pengiktirafan kepada kerajaan sebelumnya yang telah merangka rancangan-rancangan yang bermanfaat untuk pembangunan ekonomi Sabah dalam jangka masa panjang.
Dalam 26 + 5 Entry Point Projects yang dirancang oleh kerajaan lama yang merangkumi 25 daerah Sabah, satu nilai Pendapatan Negeri Kasar (GNI) lebih 25,000,000 telah diramalkan, dengan penghasilan 90,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.
Mungkin kita tidak akan tahu jika ramalan itu akan terjadi, jadi kita sepatutnya sudah boleh mendapat sebarang inisiatif baru daripada kerajaan baru dalam segi pembangunan ekonomi masa depan untuk Sabah. Sebaliknya, apabila kekurangan perancangan mereka dipersoalkan, mereka menyalahkan kerajaan lama, kekurangan wang dan macam-macam lagi alasan.
Ini boleh menyebabkan malapetaka kerana kekurangan inisiatif ekonomi dan infrastruktur akan melambatkan perkembangan negeri Sabah dan GNI-nya.
Sudah tiba masa untuk Shafie Apdal bermuhasabah diri dan tentukan jika kerajaan Sabah masih dalam jalan yang betul untuk menunaikan kewajipannya kepada rakyat. Terdapat pelbagai isu yang melanda negeri itu, tanggungjawab yang besar perlu dipikul oleh kerajaan negeri namun mereka tetap mengecewakan rakyat. Kita perlu tanya dari mana lagi peluang pekerjaan akan datang kepada rakyat Sabah?
Dalam kita maju ke hadapan, sila aturkan perancangan, pentadbiran dan pelaksanaan perkara ini. Kalau setakat menganjurkan sidang media dan mengeluarkan kenyataan media setiap hari tanpa membuat kerja, baik tak payah!