fbpx
Others

Apakah Rasional Kerajaan Sabah Dalam Melawan Keputusan Mahkamah?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu telah mengeluarkan arahan mengatakan bahawa pelantikan Datuk Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sejak Ogos 2018 adalah tidak sah di sisi undang-undang, dan mendesak supaya jawatan beliau dibatalkan serta-merta.

Namun, perkara sebaliknya yang berlaku. Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal mengendahkan perintah mahkamah tersebut dan mengarahkan Amarjit untuk terus bekerja sebagai jawatan pengarah JANS.

Selain Shafie, menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, juga mengingkari perintah mahkamah dan turut menggesa Amarjit untuk menyambung tugasnya.

Jadi apakah rasional kerajaan Sabah dalam melawan keputusan mahkamah ini?

Ternyata tindakan mereka sudah menjejaskan maruah kerajaan negeri dalam keikhlasan mereka untuk mentadbir Sabah.

Tambahan pula, menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui pula mengatakan bahawa pelantikan Amarjit ‘mungkin’ adalah sah di sisi undang-undang.

Liew yang memegang jawatan MP Batu Sapi itu berkata Seksyen 3 dalam Enakmen Sumber Air Sabah 2003 tidak boleh diguna pakai terhadap pengarah JANS.

Liew juga merupakan pengerusi tetap dalam Parti Warisan yang diketuai Shafie Apdal. Adakah parti yang memegang tampuk pemerintahan Sabah itu sedang berusaha untuk menolak keputusan yang telah dikeluarkan oleh Makamah Tinggi di Kota Kinabalu?

Bagaimana kita boleh meletakkan kepercayaan kepimpinan pada parti yang tidak menghormati institusi perundangan?

Kekecewaan terhadap pentadbiran Sabah tentang isu ini juga membuatkan bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee, menyoal kredibiliti kerajaan negeri.

Yong yang memegang jawatan Ketua Menter Sabah daripada 1996 sehingga 1998 menyoal kerajaan negeri bagaimana seseorang yang tidak dikenali boleh memegang jawatan yang besar dalam perkhidmatan awam.

“Masih wujudkan kerajaan dalam Sabah?”, tanya beliau, sambil menyifatkan tindakan kerajaan dalam mengingkari arahan mahkamah itu sebagai satu jenaka dan terdesak untuk mengekalkan Amarjit.

Bagaimanakah Shafie dan ahli-ahli partinya sanggup mengingkari perintah mahkamah dalam kes ini? Tindakan ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang ketara dalam pihak atasan.

Ini bukan sahaja mencemarkan imej negeri Sabah, malah membuatkan rakyatnya hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Warisan sekarang.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.