Baru-baru ini dilaporkan bahawa Burel Industries Sdn Bhd telah dianugerahkan sebuah projek bernilai RM13 bilion untuk membina loji petrokimia dengan kerjasama entiti milik negeri Sabah, POIC Sabah.
Selepas siasatan lanjut, kami telah mendapati bahawa sebenarnya Burel Industries adalah sebuah syarikat yang tidak aktif yang berdaftar di Malaysia pada tahun 2009 dengan hanya menerbitkan TIGA saham yang bernilai RM3. Saham-saham ini dimiliki sepenuhnya oleh Ingrit Holdings Pte Ltd, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura yang diperbadankan pada 2010.
Dalam dokumen-dokumen syarikat, aktiviti utama Ingrit adalah aktiviti-aktiviti perkhidmatan yang berkaitan dengan pengekstrakan minyak dan gas bersama pelbagai syarikat induk lain sebagai aktiviti sekunder. Walau bagaimanapun, Ingrit telah dikeluarkan daripada daftar syarikat Singapura pada 1 Julai 2017! Ini bererti sebuah syarikat yang tidak sah dan tidak wujud adalah pemegang saham rasmi Burel Industries – yang kini telah memperoleh urus janji bernilai RM13BILLION dengan sebuah entiti milik negeri Sabah !!
Menyentuh tentang Burel Industries pula, tidak ada petunjuk jelas tentang apakah aktiviti-aktiviti sebenar syarikat tersebut kerana mereka tidak mempunyai halaman web.
Menurut dokumen-dokumen yang diperakui benar, terdapat dua orang pengarah warganegara Malaysia dalam lembaga pengarah Burel iaitu Mahalingam Rajaratnam dan Dato’ Khalib bin Hassan.
Mahalingam Rajaratnam menggunakan nama lain, iaitu Guna Mahalingam. Beliau adalah pengasas SSP Global (Energy) Solutions yang berpusat di Switzerland. Burel adalah rakan sekutu SSP dan baru-baru ini SSP telah membuat sebuah urus janji melalui Burel dengan konglomerat milik kerajaan China, China National Machinery Import and Export Corporation untuk membangunkan loji pengeluaran etilena dan polimer bersepadu di Gebeng, Pahang.
Guna berada di Switzerland dan kerap dilihat bersama delegasi kerajaan dan korporat Malaysia dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, membawa mereka menjamu selera di pelbagai restoran mahal.
Ini menunjukkan hubungan yang jelas antara orang-orang di belakang tadbir Burel dan syarikat-syarikat milik kerajaan China yang sememangnya membimbangkan. Memandangkan Burel adalah sebuah syarikat yang hanya bernilai RM3, mereka mungkin perlu melibatkan rakan-rakan niaga luaran untuk melaksanakan projek bernilai RM13 bilion di Sabah dan rakan-rakan niaga ini adalah syarikat-syarikat kerajaan China. Ini adalah modus operandi yang terkenal yang digunakan oleh Korporat China untuk menyusup ke dalam pelbagai negara dengan menyokong secara kewangan “entiti-entiti pelindung” tempatan seperti Burel yang hanya mempunyai hubungan tempatan dan secara perlahan-lahan mengambil alih projek-projek tersebut dan menekankan dominasi mereka di negara ini.
Tanggungjawab untuk membuatnya berjalan lancar dalam kalangan pemimpin-pemimpin tempatan jatuh kepada seorang lagi Pengarah Brunel dari Malaysia, iaitu Dato’ Khalib yang juga merupakan pengarah di Ingrit. Dia berurusan terutamanya dengan hubungan-hubungan berkaitan dengan ‘pembiayaan’ antara kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain serta mendapatkan kerjasama kerajaan dan kelulusan tanah untuk membina loji.
Pada asasnya, kerajaan baharu WARISAN di Sabah telah meluluskan projek bernilai RM13 bilion yang akan dibangunkan oleh sebuah syarikat yang tidak akti iaitu Burel Industries, dengan modal berbayar sebanyak RM3, yang dimiliki oleh Ingrit Holdings, sebuah syarikat minyak dan gas yang telah dikeluarkan daripada daftar syarikat. Perkara yang membuat keadaan ini menjadi lebih teruk adalah syarikat ini mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai syarikat milik kerajaan China yang sudah lama memberi perhatian kepada Sabah untuk tujuan-tujuan geostrategik kerajaan China.
Jika itu belum cukup sebagai suatu amaran, persoalan-persoalan juga dibangkitkan tentang lokasi loji petrokimia di Lahad Datu yang terletak jauh dari laluan utama perkapalan Laut China Selatan dan Selat Melaka. Memandangkan pasaran petrokimia terbesar adalah China, India, Amerika Latin dan Timur Tengah, bukankah lebih masuk akal jika loji itu terletak berdekatan dengan laluan utama perkapalan untuk mengurangkan kos logistik.
Semasa majlis menandatangani perjanjian, Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berkata beliau melihat “kemunculan sebuah arah perindustria” dengan pelaburan Burel dan bahawa “ini adalah sesuatu yang sedang diusahakan oleh kerajaan WARISAN di Sabah.” Tetapi mendalihkan penyataannya dengan berkata “JIKA” pelaburan tersebut berjaya, ia akan merupakan satu-satunya pelaburan terbesar di Sabah setakat ini.
Ketua Menteri, maaf kerana mengatakannya tetapi dengan sebuah perjanjian yang tidak boleh dipercayai, arah perindustrian Sabah hanya akan menjunam ke arah kegagalan. Sudah kelihatan jelas bahawa ini adalah sesuatu yang akan diusahakan oleh kepimpinan WARISAN dengan penuh minat disebabkan oleh banyak sogokan yang mungkin akan diperoleh daripada sebuah projek yang bernilai RM13 bilion.
Pelaburan tunggal terbesar setakat ini? Nampak lebih seperti urus janji yang membabitkan rasuah terbesar di Sabah.
PKR, DAP, PBS, KDN – bilakah anda akan bersuara??