Jelas sekali kerajaan negeri Sabah yang diterajui parti Warisan dan ketuanya, Datuk Shafie Apdal tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat negeri itu.
Malah, dalam tempoh hanya 16 bulan sejak memegang tampuk pemerintahan, kerajaan Warisan berhadapan dengan tiga pertuduhan besar yang berjumlah RM1.5 bilion keseluruhannya.
Berikut merupakan pertuduhan yang dihadapi oleh kerajaan negeri Sabah:
PPSB merupakan sebuah syarikat yang berkait dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, taikun perniagaan yang sangat cemerlang dan berpengalaman.
Pada Mac 2018, PPSB sudah menandatangani sebuah perjanjian jualbeli (SPA) untuk memperolehi semua aset syarikat Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) dengan harga RM1.2 bilion.
Sebagai deposit, PPSB sudah pun membayar 10% atau RM120 juta untuk aset tersebut.
Namun, selepas PRU14, kerajaan Sabah baru yang dipimpin Warisan mengingkari SPA tersebut dan enggan mengeluarkan lesen pembalakan kepada PPSB, untuk melawan pemerolehan SFI oleh PPSB.
Sekarang, kerajaan Sabah sedang berada dalam perbicaraan mahkamah berkenaan pelanggaran untuk SPA yang bernilai RM1.2 bilion ini.
Boonrich yang dikaitkan dengan bekas ketua menteri Harris Salleh, sedang menyaman kerajaan negeri untuk RM91.6 juta di atas larangan eksport kayu balak yang dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan Warisan pada bulan Mei tahun lepas.
Walaupun Boonrich menanam kayu jati di atas tanahnya sendiri sejak 27 tahun lalu dan mengeksportnya, larangan ini tetap dikekalkan tanpa sebab yang munasabah.
Larangan ini bukan sahaja merugikan syarikat tersebut, tetapi telah memusnahkan keyakinan pembeli kayu balak Sabah yang berada di negara luar seperti India dan Emiriyah Arab Bersatu.
Boonrich mengatakan kerajaan negeri tidak seharusnya mempunyai kuasa untuk melarang sebarang aktiviti eksport kayu balak, seperti yang ternyata dalam Akta Lembaga Industri Pembalakan Malaysia 1973.
Ini adalah saman besar yang kedua terhadap kerajaan pimpinana Warisan selepas PRU14.
- Lima firma yang terlibat dalam penyelenggaraan sumber bekalan dan rawatan air juga telah memfailkan saman sejumlah RM254 juta terhadap kerajaan negeri kerana mereka mendakwa kerajaan negeri telah membatalkan kontrak mereka secara tidak sah.
Jika dijumlahkan ketiga-tiga kes ini, ia berjumlah RM1.5 bilion. Inilah kali pertama kerajaan Sabah berada dalam masalah kewangan sebanyak ini selepas hanya 15 bulan memegang tampuk pemerintahan.
Dituduh kiri dan kanan, adakah ini kerajaan yang kita mahukan untuk memimpin Sabah?
1 Comment
Pingback: SAMAN RM1.5 BILLION YANG DITERIMA KERAJAAN NEGERI – BORNEO VOICE