fbpx
Others

Christina Liew Pembelot Rakyat Sabah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Sudah terang lagi bersuluh, keputusan mahkamah terhadap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew membuktikan dia tidak boleh dipercayai dan wajar disifatkan penipu oleh penduduk Sabah.

Malah kredibiliti Liew sebagai wakil rakyat membuatkan rakyat Sabah mula berfikir secara logik apakah relevannya seorang pemimpin terlibat dengan kontroversi hak milik penduduk sehingga terbukti bersalah?

Ia bukanlah satu isu yang kecil malah dikenakan denda RM557 juta oleh Mahkamah Tinggi Tawau.

Hairannya, tiada sebarang tindakan daripada kepimpinan kerajaan negeri Sabah terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah itu, meskipun mahkamah telah memutuskan wanita itu bersalah menyalahi undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal juga diam seribu bahasa seolah-olah Liew ‘bersih’ daripada kesalahan besar dan bersikap seperti tidak mengendahkan keputusan mahkamah sekali gus meletakkan kredibiliti mahkamah sebagai pusat keadilan dipandang remeh.

Ini mengingatkan kembali nasib lebih seribu pekerja Sabah Forest Industry Sdn Bhd (SFI) yang diwakili Liew sebagai peguam. Ketika berkempen di Tawau sebelum PRU lalu, Liew telah berjanji akan memberikan solusi terbaik untuk membaik-pulih SFI dan memastikan pekerja-pekerja SFI tidak terjejas jika Pakatan Harapan berjaya dalam PRU 14. Sudah hampir dua tahun berlalu, resolusi untuk perkerja dan syarikat SFI masih tidak kelihatan.

Jadi tidak hairanlah sekiranya selepas ini penduduk Sabah bakal menolak kepimpinan yang diterajui Liew dengan alasan yang munasabah dan menggelarnya dengan panggilan ‘penipu rakyat Sabah’.

Terbaharu tular video beberapa pekebun kecil Bagahak yang tampil mendakwa Liew menipu hak milik tanah mereka malah mereka juga menggesa Persatuan Peguam Sabah supaya menarik balik lesen guaman Liew.

Ia bagi mengelakkan bekas peguam itu menggunakan profesionnya sebagai peguam untuk menipu rakyat Sabah.

Tidak berakhir disitu, nama Liew sekali lagi menjadi bualan ramai apabila diperintahkan membayar kos RM30,000 kerana gagal memenuhi permintaan undang-undang.

Ia susulan kes Liew yang didapati bersalah menyalahi undang-undang kerana melanggar perjanjian usahasama mereka dengan plaintif Borneo Samudera Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 dan 2007, Liew telah didakwa melanggar perjanjian jual beli bagi 819 pekebun kecil untuk menjual tanah itu kepada Siti Rahfizah iaitu pekerjanya sendiri.

Kontroversi pemilikan tanah Skim Pekebun Kecil Bagahak bermula apabila pemilik tanah berkenaan telah membuat laporan polis ke atas Liew kerana mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.

Dimana kredibiliti Liew untuk terus berada dalam tampuk pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah? Adakah rakyat Sabah bangga mempunyai pemimpin yang terlibat dalam penyalahgunaan undang-undang?

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.