fbpx
Others

Dari Mana Shafie Dapatkan Wang Untuk Untuk Melabur Di SFI?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Dalam sebuah laporan terkini, Menteri Pertanian & Industri Makanan negeri Sabah, Datuk Junz Wong, mengumumkan bahawa kerajaan Sabah merancang untuk menaikkan pegangan sahamnya dalam Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) daripada 2% ke 30%.

Beberapa persoalan telah timbul sejak berita itu dilaporkan.

Berdasarkan data yang diperolehi daripada sebuah penjualan 98% saham SFI yang berjumlah RM1.2 bilion, kerajaan negeri memerlukan RM343 juta untuk perkongsian 28% dalam SFI (untuk menaikkan perkongsiannya kepada 30%).

  1. Mengapakah kerajaan negeri sanggup melaburkan RM343 juta untuk sebuah syarikat swasta? Sudahkah sebarang penelitian (due diligence) dilaksanakan?

Pertama, transaksi ini nampak aneh dalam sektor swasta kerana ia dianggap sebagai campur tangan pihak kerajaan dalam hal ehwal syarikat.

Kedua, pelaburan kerajaan negeri dalam SFI perlulah dianggap berisiko tinggi kerana rekod syarikat itu selama ini tidaklah cerah.

Jika kita lihat pada rekod SFI sejak penubuhannya oleh Lion Group pada 1982, syarikat itu sudah pun tidak membawa keuntungan.

Kemudian, syarikat itu diperolehi oleh Ballarpur Industries pada 2007 dengan membeli saham Lion Group dalam SFI sebanyak RM991 juta pada 2007. Namun, syarikat itu masih dilanda masalah kewangan kerana perniagaan kertas dan pulpa yang gagal.

Sejak itu, Ballarpur mencari-cari pembeli yang boleh mengganti sahamnya dalam syarikat itu hinggalah pada 2018, apabila mereka menandatangani perjanjian jualbeli dengan Pelangi Prestasi untuk RM1.2 bilion.

Namun jualbeli ini sedang dihalang oleh kerajaan Warisan kerana mereka ingin menaikkan saham mereka di dalam SFI dan terlibat secara langsung dalam industri kertas dan pulpa.

Isu ini amat bahaya dan kerajaan negeri berkemungkinan akan rugi pelaburan di dalam SFI yang tidak membawa keuntungan.

  • Bukankah RM343 juta itu lebih elok jika ia digunakan untuk memperbaik keperluan dan infrastruktur asas rakyat Sabah?
  • Dari mana Shafie dapatkan RM343 juta itu?

Kerajaan negeri tidak mempunyai wang sebanyak itu, jadi adakah mereka merancang untuk membuat pinjaman, yang akan meningkatkan jumlah hutang negeri kepada RM4 bilion? Adakah kerajaan akan menambah lagi pada pinjaman tidak bercagar sebanyak RM98 juta yang diluluskan oleh menteri kewangan dalam mendapatkan saham SFI? Satu ‘pinjaman dalam pinjaman’?

BACA: Who approved the RM98million unsecured loan?

Atau adakah kerajaan Sabah akan meminjam daripada Lee & Man Paper Manufacturing Ltd untuk membiayai sebahagian daripada saham itu, dengan syarat L&M boleh mendapat ‘habuan’ istimewa? Bagaimanakah jadual pelunasan hutang akan dilakukan?

Ketiga-tiga soalan di atas adalah hujah yang serius. SFI merupakan beban kewangan yang terlalu besar untuk kerajaan Sabah. Bolehkah SFI kembali mendapatkan keuntungan jika model perniagaan mereka sama sahaja seperti dulu, iaitu pemprosesan kertas dan kayu balak?

Dalam pada itu, Shafie Apdal sudah memohon kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk dana pembangunan kerana Sabah memerlukan memerlukan wang untuk pembangunan ekonomi.

Namun, pada masa yang sama beliau sanggup menggunakan RM343 juta untuk sebuah syarikat swasta yang belum terjamin akan keuntungannya. Adakah Shafie Apdal tahu apa yang beliau sedang buat atau adakah beliau dibutakan oleh sebuah agenda untuk melabur dalam SFI?

Jika inilah kesnya, mengapa Dr M perlu menunaikan permintaan Shafie untuk dana pembangunan Sabah, sedangkan Ketua Menteri Sabah itu bertindak dengan cuai dalam isu perbelanjaan negeri?

Apabila Shafie Apdal, Junz Wong atau kerajaan negeri bertindak dengan mencurigakan, ia mewujudkan keraguan dalam minda rakyat. Mereka akan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan Warisan.

Cadangan ketua SPRM untuk melantik pegawai kanan di dalam pejabat Ketua Menteri perlu dipuji demi membasmi amalan rasuah. Keutamaan juga perlu diletakkan pada sebarang transaksi perniagaan dan lancarkan penyiasatan jika perlu.

Kerajaan Sabah perlu lebih bertanggungjawab dalam mentadbir negeri itu!

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.