Umum diketahui bahawa aktiviti ekonomi yang paling utama dalam daerah Sipitang, Sabah adalah industri pembalakan.
Memetik sumber Wikipedia, sebuah kilang kertas juga telah dibina sejak 1987 oleh Sabah Forest Industries (SFI) untuk memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
Dengan kepentingan industri ini, majoriti warga Sipitang bergantung kepadanya demi menyara keluarga.
Tetapi sekarang, kerajaan negeri merancang untuk memberhentikan aktiviti pembalakan di daerah Sipitang.
Adakah kerajaan negeri tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya sendiri?
Dengan penutupan industri tersebut, rakyat Sipitang akan mengalami masalah yang sukar mencari pekerjaan lain di situ kerana tidak banyak lagi peluang pekerjaan lain.
Walaupun dengan keadaan sekarang, warga Sipitang bukanlah hidup dalam keadaan yang senang. Cuma sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Jadi siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di atas keadaan warga Sipitang yang begitu miskin?
Dan yang lebih mencurigakan, apakah yang kerajaan Sabah dan parti Warisan dapat dengan penutupan industri pembalakan di Sabah?
Kerajaan Warisan perlulah mengambil langkah yang berhati-hati terhadap isu ini, kerana akhirnya nasib rakyat Sipitang yang akan merana jika mereka mengambil keputusan yang salah.