fbpx
Others

Janji-janji Parti Warisan Sabah yang gagal ditunaikan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

TEMPOH berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis kini sampai ke penghujung dan proses membuang undi dijadualkan akan berlangsung mulai esok.

PRK Kimnanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Mohamad Alamin manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) diwakili Datuk Karim Bujang.

PRK berkenaan perlu diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman terbatal kerana pelanggaran peraturan pilihan raya.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 4 Januari dan hari mengundi pada 18 Januari 2020.

Anifah yang mewakili BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memenangi kerusi itu menewaskan calon Warisan dengan majoriti tipis sebanyak 156 undi.

Bagaimanapun, semua penggundi di kawasan itu dinasihatkan untuk membuat keputusan yang bijak termasuk menilai siapakah calon yang layak diangkat sebagai wakil rakyat sekali gus membawa suara dan agenda rakyat.

Bagi tujuan itu, rakyat khususnya di Kimanis perlu sedar Warisan yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bukanlah parti yang terbaik selepas beberapa janji dalam manifesto PRU lalu gagal ditunaikan.

Berikut merupakan antara janji-janji Warisan yang masih tidak ditunaikan meskipun sudah dua tahun memerintah Negeri Sabah.

1. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

MA63 antara manifesto utama yang dibawakan Warisan dalam PRU-14 lalu, namun sehingga     kini perkara itu masih tidak menemui jalan penyelesaian termasuk royalti minyak kepada Sabah.

2. Pendatang tanpa izin (PTI)

Isu PTI di Sabah bukan isu baharu dan Warisan pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini dengan usaha menghantar pulang semua PTI ke negara asal. Malangnya, perkara itu tidak dilaksanakan Kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebaliknya dengan membenarkan mereka menetap dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan.

3. Peluang pekerjaan kepada anak muda

Isu penggangguran juga antara perkara yang menjadi fokus kepada Kerajaan Warisan dengan menubuhkan dua kementerian baharu selepas membentuk kerajaan. Bagaimanapun masalah masih berlaku dan lebih ramai golongan muda tidak mendapat peluang pekerjaan yang kukuh.

4.Projek pembinaan empangan Papar

Semasa kempen PRU-14, Warisan secara lantang untuk tidak meneruskan projek pembinaan empangan Papar kononnya mahu mengambil kira kepentingan penduduk setempat. Pun begitu, kelantangan itu bagaikan hilang selepas membentuk kerajaan dan projek itu dikatakan akan terus dilaksanakan tanpa mempedulikan suara akar umbi.

5. Sabah Forest Industry Sdn. Bhd (SFI)

SFI yang merupakan syarikat gergasi di Sabah kini berdepan masalah berikutan campur tangan politik Warisan yang tidak membenarkan lesen pembalakan yang baharu kepada syarikat   tempatan, Pelangi Prestasi Sdn. Bhd. Kini kira-kira 1,500 pekerja yang merupakan anak tempatan Sabah berdepan masalah kelewatan gaji sejak beberapa bulan lalu.

6. Pas Sementara Sabah (PSS)

Manipulasi Kerajaan Warisan dengan memperkenalkan PSS kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) bukan langkah untuk mengurangkan kadar PTI di Sabah, sebaliknya tindakan itu seolah-olah ‘membentang karpet merah’ kepada mereka untuk terus menetap di negeri itu.

7. Transformasi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Sebelum ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengutuk kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak pernah melakukan transformasi terhadap JKNS, bagaimanapun selepas dua tahun, tiada sebarang perancangan kerajaan negeri untuk memperhebatkan institusi pengangkutan awam itu kearah yang lebih baik.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.