fbpx
Others

Kalau Asyik Bercanggah, Macam Mana Nak Manfaatkan Belanjawan 2020?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Kerap kali Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal, mengatakan keutamaan harus diberikan untuk pembangunan ekonomi dalam negeri itu.

Dengan pembentangan Belanjawan 2020 yang memberikan Peruntukan Pembangunan kepada Sabah dengan jumlah yang lebih tinggi (RM5.2 bilion) berbanding negeri-negeri lain, nampaknya kerajaan Sabah berdaya melaksanakan pembangunan pesat untuk tahun depan.

Akan tetapi, Shafie terkenal dengan membuat kenyataan yang saling bercanggah dengan kenyataan sebelumnya, dan ini boleh membuatkan Peruntukan Pembangunan Sabah tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat Sabah.

Sebagai contoh, dalam pembentangan Bajet 2019 Negeri pada tahun lepas pun, beliau mengetengahkan kepentingan ‘ekonomi hijau’ dalam menjaga alam semula jadi sewaktu mengaut sumber asli yang banyak di Sabah, seperti minyak dan pembalakan, tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Petikan daripada ucapan Bajet 2019 Sabah yang dibentangkan oleh Datuk’ Seri Shafie Apdal pada tahun lepas.

Walaupun dengan kenyataan tersebut, kerajaan Warisan menolak peluang untuk sebuah ‘projek hijau’ dilaksanakan walaupun ia sudah ditawarkan depan mata mereka.

Sewaktu artikel ini ditulis, sebuah projek hijau di Sipitang, Sabah sedang dihentikan kerana kerajaan negeri teragak-agak dalam pembuatan sebuah projek bio-hub yang dicadangkan di situ.

Sebuah syarikat tempatan, Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PP), sudah pun menandatangani sebuah perjanjian jual beli (SPA) untuk membeli Sabah Forest Industries (SFI) di Sipitang dengan harga sebanyak RM1.2 bilion, dalam rancangan untuk membina sebuah pusat bio-hub besar di daerah itu.

Dalam SPA yang ditandatangani pada tahun 2018 bersama kerajaan Sabah itu, PP sudah pun membayar RM120 juta sebagai deposit.

Malangnya, kerajaan Warisan telah mengingkari SPA tersebut selepas memenangi PRU14 dan menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baru. Mereka enggan membenarkan PP untuk memperolehi SFI malah menjemput sebuah syarikat daripada China untuk mengganti PP.

Industri bio-hub mempunyai kebolehan untuk menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion, mewujudkan 6,000 pekerjaan baharu dan menjana pendapatan kebangsaan kasar sejumlah RM16 bilion, yang tentunya akan mendatangkan kebaikan kepada Sabah jika dilihat pada keadaan kewangan dan ekonominya yang tenat.

Apabila peluang keemasan seperti ini muncul untuk negeri Sabah, mengapakah mereka teragak-agak dalam melaksanakan projek tersebut? Ia berdaya untuk menjadi mercu pembangunan Sabah dan menjadi pertama dalam Malaysia yang boleh meneraju lebih banyak projek hijau dalam negara.

Shafie dan ahli kabinetnya perlu melihat kembali strategi pembangunan ekonomi mereka untuk memajukan Sabah, sebelum membelanjakan RM5.2 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.