Pemberian kawasan-kawasan hutan kepada para pemimpin politik adalah rahsia terbuka di Sabah. Dulu, setiap wakil rakyat atau pemimpin pasti mendapat sekurang-kurangnya 500 ekar balak. Ketua Menteri sebelum yang sekarang memutuskan pada tahun 2006 untuk tidak memberi lesen pembalakan baru untuk memelihara khazanah negeri. Menerusi keputusan itu, maka Sabah mentargetkan menjelang tahun 2025, sekurang-kurang 30 peratus daripada “land mass” Sabah diliputi hutan atau protected area.
Akibat tindakan Ketua Menteri Sabah ke-14 memansuhkan sebarang pemberian kawasan balak, maka kawasan hutan simpan Sabah telah melonjak kepada 1.8juta hektar pada tahun 2017, dan lonjakan itu merupakan 115 peratus berbanding hutan kekal Sabah tahun 2002. Sebagai rekod hutan kekal Sabah, pada tahun 2002 adalah 838,132 hektar, selepas 10 tahun, hutan kekal Sabah pada tahun 2013 adalah 1,350,574 hektar, dan pada tahun 2017 hutan kekal Sabah mencapai 1.8juta hektar, dan pada tahun 2025, ditargetkan 30 peratus land mass Sabah diselimuti hutan kekal.
Sabah dahulunya hanya bergantung kepada kayu balak untuk membangun negeri, namun penebangan hutan tidak membuatkan negeri keluar daripada cengkaman kemiskinan.
Kini, apabila kayu balak bukan lagi menjadi sumber utama, pembangunan masih tetap terus berjalan dengan lancar.
Dalam menjana pendapatan Negeri, kita seharusnya tidak lagi bersandar kepada kayu, namun produk kayu kayan masih merupakan produk Sabah ditangga kedua selepas minyak dan gas.
Pada tahun 2014, eksport produk kayu kayan Sabah bernilai RM1.74bilion, manakala minyak dan gas RM18.94 bilion manakala methanol RM1.5 bilion.
Ini menujukan dengan jelas bahawa perkembangan industry hiliran amat perlu untuk mengubah ekonomi Sabah kepada ‘high value-add’ di samping menegakan prinsip ‘sustainable forestry’.
Sebagai contoh, manfaat yang dapat diperolehi oleh perusahaan hiliran adalah pembinaan kilang baja urea di area Sipitang yang dilaksanakan Petronas dimana Sabah diberikan 25 peratus ekuiti. Ertinya sebarang keuntungan kilang itu, Sabah mendapat 25%, bukan seperti sekadar royalti minyak 5%. Demikian juga projek LNG9 di Bintulu, Sarawak, di mana sumber gas adalah daripada Kimanis Sabah, Sabah diberikan saham atau ekuiti 10 peratus, ertinya sebarang keuntungan , Sabah mendapat 10 peratus.
Laporan Bank Dunia tahun 2010 telah memaparkan bahawa punca 40% penduduk Sabah miskin kerana sumber pendapatan yang terhad. Ini juga adalah kerana tumpuan kepada perusahaan ‘upstream’ atau ‘hulu’ sahaja tidak berdaya untuk menjana peluang pekerjaan yang luas dan yang dapat memberi faktor berganda dalam ekonomi negeri. Jika adapun peluang pekerjaan, namun upah yang rendah juga penyumbang kepada takrifan miskin.
Perushaan pembalakan yang bertumpu kepada menebang khazanah hutan Sabah sudah tentu tidak akan memberi manfaat kepada anak Sabah, tapi untuk golongan kecil pemimpin politik serta kroni atau perushaan asing terpilih.
Khabar anign yang kerajaan negeri Sabah akan memberi Sabah Forest Industries kepada perusahaan dari China, setelah kegagalan perushaan dari India, amat merisaukan. Kita sudah tahu perusahaan dari China dan asing yang lain hanya mementingkan keuntungan dan pulangan atas pelaburan dalam masa yang paling singkat. Mereka tidak ada niat dan minat untuk membanngunkan daya usaha orang kita atau memberi impak social yang positive kepada generasi muda kita. Apalagi untuk melabur dalam perusahaan hilir pembalakan atau perushaan teknologi tinggi yang baru dan yang mampu menjana peluang pekerjaan ynag luas dan ‘high income’.
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Walaupun kawasannya luas, namun peluang pekerjaan sangat terhad. Kilang- kilang atau perladangan berdasarkan teknologi moden sebenarnya mampu membuka peluang pekerjaan. Namun atas prinsip mencari keuntungan, maka kadar upah yang dibayar oleh perushaan asing seperti perusahaan China yang dikhabarkan disukai adalah amat rendah.
Untuk suku pertama tahun 2016, Sabah menerima pelaburan sebanyak RM1.69bilion yang mencipta 3,907 peluang pekerjaan. Nilai perdagangan Sabah tahun 2015 sebanyak RM7 bilion, eksport RM40.8 bilion berbanding import RM30.2 bilion. Dengan angka itu, nilai bersih perdagangan Sabah positif RM10.6 bilion.
Nilai pelaburan dalam Sabah merosot teruk sepanjang 2018. Rakyat Sabah bukan saja menanti pelaburan besar, tapi memerlukan pelaburan yang ‘sustainable’, dengan tumpuan untuk menaikan taraf hidup kita serta meletakan kepentingan orang Sabah sebagai keutamaan.
Jelas perushaan China atau asing tidak akan menunaikan aspirasi ini. Mari kita bersama menolak cadangan ini!