fbpx
Others

Kerajaan Warisan Hanya Perjuangkan Agendanya Sendiri

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Nampaknya kerajaan Sabah sekali lagi mengambil tindakan di luar bidang kuasanya, dengan penglibatan dalam hal ehwal pemilikan Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) untuk meningkatkan syer kerajaan negeri dalam syarikat pembalakan itu.

Isu ini timbul apabila Menteri Pertanian Sabah, Datuk Junz Wong menyatakan bahawa SFI akan dioperasikan oleh sebuah syarikat tersenarai awam dari Hong Kong, manakala kerajaan negeri akan menaikkan pemilikan syer terhadap SFI daripada 2 hingga 30 peratus, seperti yang dilaporkan dalam Borneo Post baru-baru ini.

Berdasarkan rekod sebelum ini, kemungkinan besar syarikat Hong Kong itu adalah Lee & Man Paper, sebuah syarikat yang menimbulakan kontroversi beberapa tahun lalu kerana menyebabkan kerosakan alam sekitar berhampiran kawasan perairan yang dekat dengan perniagaan mereka di selatan Vietnam.

Isu ini menunjukkan ancaman yang ditimbulkan oleh syarikat itu kerana terdapat kandungan bahan kimia yang tinggi dalam operasi perkilangan mereka, menyebabkan kerosakan alam sekitar dan ekosistem.

Memandangkan SFI adalah tunjang dalam urusan ini, kerajaan Sabah tidak boleh melakukan semua ini secara bersendirian, melainkan pihak administrasi SFI, Grand Thorton Consulting (GTC), terlibat dalam merangka rancangan licik ini.

Ini bermaksud kerajaan negeri, walaupun dengan kes mahkamah yang belum selesai dan dalam perbicaraan, telah terlibat dalam perancangan di sebalik tabir dengan GTC dan syarikat Hong Kong itu bukan sahaja dalam pengambil alihan SFI tetapi dalam usaha untuk memintas atau mempengaruhi keputusan mahkamah.

Amat malang sekali bahawa kerajaan Sabah sendiri mengambil taktik ‘bawah meja’ untuk menaikkan pemilikannya terhadap SFI. Mengapakah SFI begitu penting untuk Shafie?

Lihat sahaja pada pinjaman RM98 juta daripada Bank Pembangunan Sabah (SDB) yang diluluskan sendiri oleh Shafie Apdal iaitu menteri kewangan negeri.

Ini telah melanggar prosedur perbankan dan profesionalisma kerana SFI mempunyai hutang tertunggak dan tidak berbayar.

Bagaimanakah Shafie Apdal atau SDB boleh meluluskan pinjaman kedua yang tidak bercagar di bawah keadaan-keadaan itu?

Banyak soalan yang timbul atas keputusan yang berkontroversi itu:

  1. Mengapakah Shafie Apdal sungguh berminat dalam SFI apabila duit itu boleh digunakan untuk projek sosioekonomi yang lebih penting untuk kesejahteraan rakyat Sabah?
  2. Mengapakah Shafie Apdal menggunakan taktik kotor untuk mengambil alih SFI?
  3. Atas kriteria apakah yang membuatkan Shafie Apdal meluluskan pinjaman RM98 juta daripada SDB? Di manakah pemeriksaaan yang sewajarnya?
  4. Adakah kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan yang cermat? Sebagai menteri kewangan, adakah Shafie sedar akan tindakannya atau beliau dibutakan oleh agendanya sendiri?

Tindakan-tindakan ini, yang kekurangan ketelusan dan penelitian, nampaknya sudah berlaku di dalam sistem pentadbiran. Semua pihak yang terlibat perlu diambil tindakan atas penyalahgunaan kuasa.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.