fbpx
Berita Sabah

Malaysia mesti hentikan taktik kotor dan tidak beretika “Syarikat Perakaunan Antarabangsa”

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Harapkan pagar, pagar makan pagi

Praktik tidak beretika oleh syarikat-syarikat perakaunan antarabangsa di Malaysia tidak boleh di terima lagi. Kesemua kerajaan negeri dan kerajaan pusat patut kaji semula peranan dan operasi syarikat seperti ini supaya segala kegiatan mereka adalah beretika, telus, professional, serta tidak melanggar mana-mana peraturan dan kod di dalam Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta undang-undang lain.

Praktik-praktik korup ini telah menyebabkan banyak ketidak kesenangan antara warga korporat Malaysia serta di dalam rantau ini dan seluruh dunia. Syarikat-syarikat lain amat berbimbang dengan berita dalam perkara ini kerap muncul di Malaysia. Ini akan menyebabkan kesan yang amat serius di mana syarikat-syarikat perakaunan hanya menjaga kepentingan klien mereka sahaja dan mengendahkan kepentingan masyarakat setempat.

Pertama, adalah Goldman Sachs, sebuah syarikat perlaburan antarabangsa, sekuriti dan firma mengawal pelaburan yang telah melanggar peraturan dalam dan luar negara dalam kes 1MDB. Para eksekutif mereka sekarang sedang menunggu perbicaraan untuk kesalahan-kesalahan mereka.

KPMG juga disiasat oleh pihak berkuasa kerana cuba menyembunyikan kesalahan di Felda

Yang terbaru pulak melibatkan syarikat yang antara ke-4 terbesar di dunia – Deloitte yang beroperasi di Malaysia di serbu oleh pihak polis pada Mei 23, juga kerana penglibatan mereka dalam kes 1MDB.

Tetapi ada lagi satu kes oleh sebuah syarikat perakaunan antarabangsa yang akan terbongkar di Malaysia tidak lama lagi – iaitu Grant Thornton. Syarikat ini sedang disaman kerana praktik mereka yang tidak beretika dan bertanggungjawab di Sabah, Malaysia. Pekerja profesional konon mereka adalah amat memalukan kerana menipu warga Sabah selama ini.

Malaysia boleh dilihat sebagai sebuah negara yang amat menarik untuk perkhidmatan-perkhidmatan syarikat antarabangsa ini, tetapi janganlah sehingga tahap yang melanggar undang-undang di dalam negara ini. Praktik kotor mereka yang mengambil kesempatan warga Malaysia demi kepentingan sendiri patut didedahkan dan hukuman berat dijatuhkan terhadap mereka.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.