fbpx
Others

Mengapa Belanjawan 2020 Tidak Memberi Keutamaan Sewajarnya Kepada Sabah?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Sejurus selepas pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat 11 Oktober 2019, Ahli Parlimen Keningau Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengeluarkan kenyataan tentang peruntukan Sabah yang tidak mencukupi.

Pada pendapat beliau, peruntukan pembangunan RM5.2 bilion untuk Sabah adalah amat sedikit, kerana beliau menegaskan 82.9% daripada peruntukan pembangunan adalah dikhaskan untuk Semenanjung.

Manakala Sabah cuma mendapat 9.28% daripada RM56 bilion untuk peruntukan pembangunan dalam seluruh negara.

Kerajaan Persekutuan juga tidak memberikan 40% royalti sumber asli kepada Sabah, sedangkan hasil minyak negara banyak datang daripada negeri itu.

Jeffrey mengatakan pembahagian yang tidak adil di antara Semenanjung dan Sabah itu bertentangan dengan semangat kesamarataan dan perkongsian dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Jadi mengapakah kerajaan persekutuan tidak memberikan peruntukan yang lebih banyak untuk pembangunan Sabah?

Adakah ini kerana kerajaan Persekutuan enggan mengiktiraf Dato’ Seri Shafie Apdal sebagai ketua menteri Sabah yang berwibawa, dan mereka tidak yakin dengan pemberian peruntukan yang lebih besar untuk diuruskan oleh ketua parti Warisan itu?

Shafie Apdal memang mempunyai rekod yang tidak begitu cemerlang dalam mentadbir Sabah, seperti yang dibahaskan berikut:

1 – Mengingkari perintah mahkamah

Sebagai contoh, paling terbaru Ketua Menteri Sabah itu telah mengingkari perintah mahkamah yang menyatakan pelantikan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh, adalah tidak sah dan beliau harus meletak jawatan dengan segera.

Namun Shafie berkeras dan mengatakan Amarjit perlu terus bekerja dan mengendahkan perintah mahkamah itu. Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony juga turut serta dalam mengarahkan Amarjit untuk terus bekerja.

Adakah Sabah sekarang dipimpin oleh individu yang tidak tahu menghormati institusi perundangan?

2 – Campur tangan dalam sekor swasta

Selain itu, kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie juga terkenal dengan campur tangan di dalam sektor swasta supaya ia boleh memihak kepada agenda politik mereka sendiri, dan ini tidak semestinya membawa kemakmuran kepada rakyat Sabah.

Antara contoh mudah adalah Sipitang, di mana syarikat pembalakan utama Sabah Forest Industries (SFI) yang menjadi nadi sosioekonomi daerah itu masih tergendala operasinya.

Sepatutnya isu pemilikan SFI sudah boleh selesai pada 2018, tetapi atas campur tangan kerajaan Sabah yang baru, syarikat itu masih tidak beroperasi hingga kini.

Akibatnya, para pekerja SFI tidak dapat menyara hidup dengan lancar dan terpaksa membuat perniagaan kecil-kecilan demi menampung kos sara hidup.

3 – Krisis PTI Yang Semakin Tidak Terkawal

Selain itu, krisis pendatang asing tanpa izin (PTI) juga menjadi masalah yang semakin kronik di bawah pentadbiran kerajaan Warisan.

Pengenalan Pas Sementara Sabah (PSS) pada tahun depan tidak menjamin penyelesaian masalah tersebut dan tentunya akan mengotorkan reputasi Shafie Apdal sepanjang khidmat beliau sebagai Ketua Menteri.

4 – Tahap ekonomi Sabah yang lebih teruk berbanding kerajaan terdahulu

Dan yang lebih malang adalah situasi ekonomi Sabah yang semakin teruk berbanding kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh Musa Aman. Jika Shafie serius ingin membantu rakyat Sabah, seharusnya beliau sudah buat kerja yang lebih baik untuk negeri itu.

Sebagai ahli parti pembangkang, Jeffrey bukan perlu menyoal kerajaan persekutuan, tetapi lihat sendiri pada parti Warisan dan Shafie Apdal yang nampaknya telah mengecewakan rakyat Sabah dan mungkin menjadi penyebab kekurangan peruntukan untuk Sabah dalam Belanjawan 2020.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.