Pada bulan Mei tahun lalu, rakyat Sabah telah mengundi untuk perubahan kerana WARISAN berjanji untuk menjaga kesejahteraan rakyat Sabah dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, pada masa ini mereka seolah-olah telah mengkhianati mandat tersebut.
Baru-baru ini telah diketahui bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Shafie memihak kepada syarikat pulpa dan kertas dari China iaitu Lee & Man Paper untuk pengambilalihan Sabah Forest Industries (SFI). Ini adalah bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui sebelumnya oleh kerajaan yang dipimpin oleh Musa, bahawa syarikat dari Malaysia iaitu Pelangi Prestasi akan mengambil alih SFI.
Selama bertahun-tahun lamanya, SFI tidak berprestasi baik dan syarikat kayu yang bermasalah ini – yang merupakan salah sebuah penanam kayu dan pemproses kayu terbesar di Malaysia – perlu diselamatkan. Sebelum ini, ia dipegang oleh Ballupur Industries – syarikat pulpa dan kertas dari India. Walau bagaimanapun pada masa ini, memilih China dan Hongkong Lee & Man Paper sebagai pembeli SFI boleh membawa kesan-kesan buruk.
Sekarang, adakah kita sebagai rakyat Sabah berasa gembira apabila sebuah syarikat asing dari China memiliki kawasan tanah yang besar di negara kita? Apa yang kita tahu setakat ini, ini merupakan langkah permulaan bagi syarikat-syarikat dari China untuk berkembang ke Sabah secara perlahan-lahan dan membeli tanah kita dan menyisihkan rakyat Sabah biasa.
Walaupun Lee & Man bukanlah wakil kerajaan China secara langsung, mempunyai hubungan politik yang kuat sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik-pemilik perniagaan besar di China. Pengerusi Lee & Man, Lee Man-Chun juga sama. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Nasional Persidangan Perundingan Politik Rakyat China ke-13 yang merupakan sebuah badan penasihat politik di China yang juga menggalakkan “persahabatan” dengan negara lain berdasarkan nilai sosialis China.
Apa yang dimaksudkan dengan “persahabatan berdasarkan nilai sosialis Cina” pada asasnya adalah bahawa syarikat-syarikat China global seperti Lee & Man telah diberikan kuasa tidak rasmi untuk menyebarkan agenda kerajaan China di seluruh dunia. Agenda ini berasaskan impian-impian kerajaan China untuk memperluaskan pengaruhnya di seluruh dunia dan Asia Tenggara merupakan salah satu sasaran pertama kerana jaraknya yang dekat.
Terutamanya apabila ia tentang Malaysia, Sabah sangat penting kepada China kerana pertikaian di Laut China Selatan. Sekiranya kerajaan Sabah menetapkan duluan untuk menyerah kepada China dengan menjual SFI kepada sebuah syarikat China, adakah sesiapa akan mengatakan bahawa pada suatu hari, China tidak akan mungkin meminta bahagian mereka di pelabuhan Sepanggar? Mereka sudah lama memberi perhatian kepada pelabuhan tersebut kerana potensi strategik dan ketenteraannya dan jika Sabah dilihat bersahabat dengan syarikat-syarikat China, ia hanya akan membawa lebih banyak masalah kepada negeri ini pada masa akan datang.
Selain itu, jika Lee & Man mengambil alih SFI, anda boleh menjangkakan kemasukan para pekerja dari China untuk bekerja di loji dan kilang mereka. Mereka tidak akan menggunakan pekerja-pekerja tempatan lebih-lebih lagi berfikir tentang ekonomi tempatan dan kebajikan penduduk Sabah biasa. Ini akan memberi kesan buruk terhadap pasaran kerja tempatan.
Selain itu, Lee & Man mempunyai rekod memusnahkan sumber semula jadi di tempat mereka beroperasi yang sangat buruk. Baru-baru ini, kilang kertas mereka di Vietnam telah mendapat kritikan hebat kerana telah mencemarkan Delta Mekong yang merupakan sumber hidup penting para petani dan nelayan di kawasan itu. Sabah adalah sebuah syurga sumber alam semula jadi dan anda boleh menjangkakan bahawa sumber-sumber kita akan dirampas, dicabul dan dimusnahkan oleh Lee & Man, dan ekoran itu mereka akan keluar selepas menghasilkan wang dan meninggalkan rakyat Sabah tanpa apa-apa.
Para pemimpin Sabah yang dihormati, janganlah berfikir bahawa anda lebih penting daripada negeri ini. Tiada sesiapa pun. Rakyat Sabah kekal bersatu kerana kami berasa bangga menjadi pemilik negeri di bawah bayu. Kami tidak akan membiarkan tanah kesayangan kami dicabul di tangan pihak-pihak yang berniat jahat iaitu syarikat-syarikat China yang terkenal dengan merompak pelbagai sumber tanpa rasa belas kasihan. Kami lebih suka sebuah syarikat dari Malaysia menjadi rakan kongsi dengan kerajaan Sabah untuk membangunkan tanah ini dengan lestari dan menambah peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat Sabah.
Syarikat-syarikat China adalah kegemaran Najib, dan lihatlah apa yang berlaku. Shafie, janganlah melakukan kesilapan yang sama.
Orang Sabah tidak akan bertolak ansur dengan keadaan yang membawa kerugian ini.