fbpx
Others

Pemberian Pinjaman Tidak Bercagar Sejumlah RM98 juta Untuk Sabah Forest Industries Sangat Meragukan!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Institusi perbankan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membangunkan negara. Untuk memastikan institusi ini beroperasi dengan telus dan amanah, ia diselia dengan pelbagai undang-undang dan protokol yang ketat demi menjamin integriti yang tinggi.

Akan tetapi, yang sebaliknya berlaku apabila sebuah bank tempatan di Sabah, Sabah Development Bank Berhad (SDBB) meluluskan pinjaman tidak bercagar sebanyak RM98 juta kepada Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd.

Sedangkan syarikat itu masih berada di bawah pengurusan receivership oleh Grant Thorton Consulting Sdn Bhd (GTC) sebagai pengurus penerimaan (receiver manager) pada pertengahan 2017 kerana tidak mampu membayar balik pinjaman sebelumnya.

Bagaimana bank boleh meluluskan pinjaman jutaan ringgit ini tanpa cagaran kepada SFI yang mempunyai ‘risiko kewangan buruk’ dan di bawah pengurusan receiver manager?

Nampaknya pinjaman tidak bercagar RM98 juta kepada SFI/GTC sudah pun diluluskan pada Jun 2019, dan ia juga tidak mempunyai sebarang penjamin. Pinjaman ini seolah-olah diluluskan dengan galakan oleh pentadbiran kerajaan negeri Sabah.

Adakah SDBB tidak melakukan sebarang penelitian (due diligence) terhadap syarikat itu? Sudahkan bank itu mengikut prosedur dan protokol dalam menilai tahap kredit, prestasi kewangan dan kemampuan pembayaran semula SFI? Tidakkah SDBB bimbang jika pinjaman baru ini juga tidak dapat dibayar oleh SFI?

Tanpa sebarang penelitian, pelulusan pinjaman ini mencerminkan institusi pernbankan yang sudah pecah amanah dan melanggar protokol. Tindakan SDBB dalam meluluskan pinjaman yang meragukan ini perlu disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) demi menjaga maruah institusi perbankan.

Selain keputusan bank yang meragukan, adakah arahan atau galakan daripada Ketua Menteri sendiri cukup untuk SDBB meluluskan pinjaman? Tindakan ini adalah pelik, sebarang penglibatan kerajaan negeri dalam urusan bank perlu disiasat dengan segera.

Soalan-soalan ini perlulah dibangkitkan demi menjaga akauntabiliti dan menjamin ketelusan bank. Adalah penting untuk kerajaan negeri dan institusi kewangan melakukan operasi mereka secara sah di sisi undang-undang.

Walaupun dengan situasi ekonomi negara yang kurang memberangsangkan sekarang, adalah mengecewakan untuk insiden pinjaman yang penuh syak wasangka ini berlaku di Sabah.

Yang lebih mengecewakan lagi, perkara ini tidak pun dibangkitkan dalam siding DUN pada hari Isnin, 5 Ogos 2019 apabila ketua menteri memberikan balasan berkenaan status SFI kepada Dewan dan YB Tuan Jamawi bin Jaafar (Kemabong) semasa sesi soal jawab.

Beliau langsung tidak mengutarakan butiran pinjaman tidak bercagar ini. Kenapa?

Kesimpulannya, BNM harus segera melancarkan penyiasatan terhadap SDBB berkenaan kemungkinan bank itu yang telah melanggar kod etika dan SOP, supaya keyakinan terhadap institusi perbankan boleh dikembalikan.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.