fbpx
Others

Potensi Sipitang Untuk Menjadi Pusat Bio-Hub Terunggul Kini Gagal Dimanfaatkan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Daerah Sipitang, Sabah yang kaya dengan sumber asli seperti kayu balak dan hasil galian, mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat bio-hub dan menaikkan taraf sosioekonomi daerah itu.

Sebuah syarikat tempatan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PP) sudah pun mempunyai rancangan untuk membangunkan daerah itu dengan memanfaatkan hasil bumi Sipitang dengan sepenuhnya. Jika rancangan ini dilaksanakan, ia mampu mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dan juga menyumbang RM16 bilion kepada pendapatan kasar negara.

Menurut laporan The Edge, lambakan sumber balak, sawit dan getah telah mendorong syarikat itu untuk merancang menubuhkan sebuah bio-hub yang merangkumi bio-produk seperti bio-tenaga, bio-minyak (biofuel), bio-kimia dan lain-lain bio-material.

Rancangan ini telah diperkukuhkan lagi dengan sebuah perjanjian urusniaga (Sales & Purchase Agreement, SPA) oleh PPSB untuk membeli sebuah syarikat pemprosesan balak di Sipitang, Sabah Forest Industris Sdn Bhd (SFI) berjumlah RM1.2 bilion pada April 2018.

Kompleks pembalakannya mampu memproses 2,000 meter padu (cu m) kayu dan 4,000 meter padu papan lapis (plywood). SFI juga boleh mengakses 50,000 hektar tanah yang mempunyai tanaman eucalyptus dan acacia.

Setakat ini, SFI mempunyai jeti khas yang boleh menampung kapal dengan muatan maksima 15,000 tan. Dalam perancangan PP itu juga, jeti ini akan dinaik taraf kepada sebuah bio-pelabuhan (bioport) yang akan membuka pasaran eksport bio-produk kita ke pasaran serantau dan Asia Utara.

Dalam SPA itu, pihak administrasi (Receiver & Manager) SFI, Grant Thorton, akan memberikan lesen pembalakan yang baru daripada kerajaan negeri Sabah kepada PP, dan leses yang dimiliki oleh SFI sekarang tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak luar.

Malangnya, rancangan lumayan ini telah dihentikan selepas kerajaan negeri bertukar tangan pada PRU14, kepada parti Warisan yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau memperkenalkan syarat baru untuk pemberian lesen pembalakan.

Wakil daripada PP mengatakan terma yang telah ditandatangani dalam SPA asal perlu dikekalkan, namun kerajaan baru enggan memberikan lesen balak yang baru kepada PP. Malah, kerajaan negeri telah membawa pula sebuah syarikat dari China, Lee & Man Paper Manufacturing, untuk mengambil alih SFI.

Seorang wakil daripada PP mengatakan usaha daripada PP kini dibazirkan begitu sahaja kerana syarikat itu sudah pun melaburkan masa, tenaga dan deposit sebanyak RM120 juta.

Kini, sebuah judicial review akan dibicarakan pada awal tahun 2020 untuk menyelesaikan masalah yang telah dirumitkan oleh kerajaan Warisan ini. Itu pun selepas ditangguh daripada tarikh asal pada Ogos tahun ini.

Jika SPA yang asal diteruskan, semestinya ia akan memberi beribu kebaikan kepada rakyat Sipitang dan ekonomi Sabah, amnya. Malang sekali, perancangan ini telah disabotaj oleh kerajaan negeri yang baru dan kini, nasib SFI, Sipitang dan rakyatnya kini terumbang-ambing dan potensi Sipitang untuk dimajukan menjadi bio-hub dibazirkan begitu sahaja.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.