Hampir 1000 rakyat Sabah berpakaian serba hitam dan melaungkan slogan “bantah PSS” dan “tolak PSS” di Membakut semalam.
Himpunan ini boleh dikatakan yang pertama dianjurkan ketika Warisan dan Barisan Nasional (BN) giat melakukan kempen bagi memenangkan calon mereka Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.
Hadir di himpunan itu ialah Pamela Yong menggesa para pengundi di Kimanis untuk menolak calon Warisan Karim Bujang, pada hari mengundi, Sabtu ini.
Beliau turut berkata bahawa Warisan akan lebih yakin melaksanakan PSS sekiranya berjaya menang PRK Kimanis.
Kita sudah pun memasuki dekad kedua dalam abad ke-21 ini, tetapi masalah lambakan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah masih tidak nampak penghujungnya.
Lebih membimbangkan ialah baru baru in, selepas 27 tahun virus polio kembali ke Sabah di zaman Warisan melaksanakan PSS untuk mendaftarkan PTI di negeri Sabah. Adalah dikatakan bahawa virus pertama adalah dari kanak-kanak Filipina yang menetap di Sabah.
Apa yang hebat sangat mengenai belanjawan lebihan Sabah untuk dua tahun berturut-turut sedangkan seruan untuk tambahan peruntukan kesihatan tidak diendah sama sekali.
Mungkin kes polio tidak akan timbul sama sekali sekiranya ada peruntukan kesihatan tambahan khasnya untuk penyakit berjangkit seperti polio. Yang jelas di sini ialah penyakit itu tidak akan muncul di Sabah sekiranya Shafie tangkas dalam tindakannya untuk membendung kemasukan PATI.
Jelasnya, Warisan tidak mempedulikan isu isu yang melibatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat marhaen.