Sabah Kita terhutang budi kepada Datuk John Lo kerana telah menekankan isu pengambilalihan SFI di dalam arus perdana media. Dalam ruang Inside Out terkini beliau, Datuk John Lo dengan berani membincangkan kontroversi yang berputar di sekitar pengambilalihan Sabah Forest Industries (SFI). Izinkan kami memberi respons dalam beberapa konteks.
Datuk Lo telah menyebut tentang Grant Thornton Malaysia, penerima/pengurus yang dilantik untuk SFI, yang terikat dengan satu set etika profesional untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk para pemegang saham utama SFI yang kini dimiliki Ballarpur (98 peratus) dan kerajaan Sabah (2 peratus).
Namun realitinya adalah sangat berbeza. Tindakan-tindakan Grant Thornton (GT), dalam tanggungjawab mereka sebagai penasihat, berkaitan penjualan SFI amat bertentangan dengan etika.
Sabah Kita telah memahami dari rungutan-rungutan rasa tidak puas hati bahawa urus niaga GT dengan Integrated Timber Complex (ITC) milik SFI kurang beretika, serta sengaja tidak mengambil tahu tentang hal ehwal pekerja asing dan penjualan kayu balak haram. Kami tahu bahawa kini ITC milik SFI dikendalikan oleh syarikat dari Taiwan yang sebelum ini telah ditangkap dan digantung oleh kerajaan kerana pembalakan haram. Walau bagaimanapun, Grant Thornton telah memberi mereka kemudahan untuk kembali tanpa penjelasan. GT juga telah memberhentikan ramai rakyat Sabah yang bekerja dan banyak lagi contoh lain seperti dipinggirkan dan tidak dihormati. Di manakah keadilan untuk rakan-rakan kita di Sabah?
Pada pendapat kami satu-satunya piawai etika yang dipatuhi oleh Grant Thornton adalah seperti yang ditetapkan oleh EY dan Deloitte dalam mengendalikan 1MDB.
Datuk Lo seterusnya menulis bahawa adalah tidak penting sama ada entiti yang memiliki SFI adalah dari Malaysia atau asing selagi kepentingan rakyat Sabah terpelihara. Sekali pun, beliau nampaknya telah terlepas pandang bahawa kepimpinan yang dipilih Sabah terdiri daripada orang asing, terutama entiti-entiti milik China. Setelah kami menyelidikinya, kami terkejut dengan amalan-amalan dahulu syarikat Pulpa dan Kertas dari China di rantau ini. Sudah pastinya mereka bukannya telah memenangi anugerah untuk amalan-amalan perniagaan mereka yang mampan. Penjarahan pulpa dan kertas mereka di Vietnam mengakibatkan kerosakan terhadap alam sekitar berskala besar di delta Sungai Mekong yang merupakan nadi kehidupan para petani dan kampung Vietnam.
Syarikat-syarikat dari China juga mempunyai rekod prestasi terbukti dari segi membawa beribu-ribu pekerja mereka sendiri yang menghentikan pemberian pekerjaan kepada penduduk tempatan. Mereka tidak menghormati budaya tempatan dan bertindak mengikut suka hati mereka sendiri yang mengganggu keharmonian setempat. Indonesia sedang menghadapi masalah yang serupa pada masa ini. Banyak syarikat dari China di sana telah dituduh mengingkari undang-undang, menyogok institusi dan kerajaan dan menyampaikan produk lebih rendah daripada standard yg ditetapkan. Datuk, kami berharap anda tahu apa yang telah berlaku di Sri Lanka apabila mereka membawa masuk orang-orang dari China untuk membina pelabuhan Hambantota. Satu lagi contoh adalah penularan pengkhianatan yang berlaku di Afrika oleh syarikat-syarikat ini.
Mohon jangan salah faham, sudah tentulah kami bukan pelaburan anti-China. Walau bagaimanapun, kami juga tidak menganggap pelaburan-pelaburan dari China di Sabah adalah ideal.
Datuk Lo kemudian menyebut bahawa tiada syarikat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam pasaran kertas dunia. Kami benar-benar bersetuju dengan Datuk Lo. Tetapi itu menimbulkan persoalan – jika kenyataan itu benar adakah negara dunia ke-3 atau negara yang sedang membangun tidak harus terlibat dalam mana-mana sektor yang mereka tiada pengalaman?
SFI, ITC, POIC dan selebihnya adalah aset kritikal untuk Sabah dan mempunyai kepentingan nasional, namun Datuk Lo menyokong pengambilalihan oleh syarikat-syarikat China. Kami berpendapat bahawa JV yang strategik adalah lebih sesuai kerana ia memberi pemindahan teknologi berharga kepada penduduk tempatan. Persoalan yang harus kita jawab … adakah kita terus hendak berasa gembira untuk menjadi pengeksport durian terbesar ke China. Apakah mesej atau warisan yang akan kita tinggalkan untuk cucu-cicit kami? Di manakah rasa bangga negeri Sabah?
Pertama kali, Sabah telah memberi SFI kepada William Cheng, seorang warga Singapura. Kemudian kepada India. Kini – mengikuti trend yang sama – menjual sumber semula jadi terbaik kita kepada China.
Sabah Kita juga akan menjawab kebimbangan Datuk Lo yang berkaitan dengan kepentingan jangka panjang Sabah berhubung pengambilalihan SFI.
Sejarah adalah guru terbaik kita. Perjanjian-perjanjian dengan orang asing yang kurang difahami telah menjebakkan kita ke dalam masalah. Banyak industri yang telah kita tubuhkan pada masa lalu telah gagal akibat sejarah dan campur tangan, ketamakan ahli politik dan para individu. Melangkah ke hadapan, kerajaan Warisan dan PH baharu harus mara dari pilih kasih ini dan membolehkan perusahaan bebas untuk berkembang maju dalam lingkungan undang-undang. Faedah jangka panjang di Sabah hanya boleh dipelihara, apabila semua pihak duduk bersama dan bekerjasama dan merancang untuk masa depan hari ini, demi kepentingan rakyat Malaysia pada umumnya dan orang-orang Sabahan khususnya.
Masalah dengan pengurusan SFI di Ballarpur adalah kekurangan pemahaman tentang budaya tempatan. Mereka membawa para pekerja mereka sendiri dari India dan juga mempunyai kantin yang menyediakan banyak masakan India utara. Pada satu ketika, makanan kantin tersebut digelar sebagai ‘restoran India terbaik di Sabah.’ Ketidakmampuan Ballarpur untuk mengikut arus perubahan mengakibat kerugian yang besar kepadanya. Perkara sama – atau lebih buruk lagi – boleh berlaku kepada SFI jika syarikat asing mengambil alih.
Apa-apa penjualan langsung kepada entiti China atau asing lain tidak akan berbeza dengan syarikat milik asing yang tidak mempunyai rakan kongsi strategik Malaysia.
Apa yang diperlukan adalah perubahan dari Perniagaan Seperti Biasa (BAU). Sabah harus melangkah ke sempadan teknologi moden dan mencipta ekonomi bio-lengkap. Berdasarkan pengetahuan kita yang terhad, tiada sesiapa yang memandang ekonomi hutan, kecualilah mengeksport pulpa kembali ke China!
Apa sahaja cara sekalipun, bawa masuk bantuan dan teknologi asing, JIKA ia mampu membina industri, mewujudkan industri yang mampan dan mewujudkan pekerjaan dan eko-sistem yang bermakna. Syarikat-syarikat Malaysia haruslah menjadi sebahagian daripada persamaan ini, bahkan lebih baik jika ia sebuah syarikat Sabah yang berkelayakan.
Ya, kerajaan negeri sepatutnya melihat faedah-faedah jangka panjang untuk rakyat Sabah kerana, dengan memetik kata-kata Datuk Lo, perjanjian tersebut “bukanlah sesuatu yang kecil”. Ia bernilai lebih daripada RM1.2 bilion dan impaknya terhadap ekonomi Sabah sudah pasti ketara.
Grant Thornton dan kuasa-kuasa yang ada harus menghindari daripada menjadi pembuat perjanjian serta tidak menjejaskan industri di Sipitang. Rakyat Malaysia menjangkakan suatu yang lebih baik. Rakyat Sabahan terutamanya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk menghidu suatu urus niaga yang tidak menguntungkan. Secara umum, tawaran-tawaran komersial tidak boleh diperoleh secara tidak sah kerana ia menetapkan duluan berbahaya untuk tawaran-tawaran masa depan untuk para pelabur asing.
Dalam analisis akhir, Datuk Lo tidak menyebutkan sesiapa pun yang mendapat impak utama disebabkan oleh kelewatan dan kebuntuan – namun pekerjaan 1,500 majikan semasa SFI sedang dipertaruhkan memandangkan perjanjian itu tergantung. Sementara drama oleh Grant Thornton dan kerajaan berterusan, mata pencarian para individu ini dan ahli keluarga mereka adalah yang paling banyak mendapat impak.
Sekali pun, Datuk John Lo adalah tokoh yang berpengalaman dan seorang penulis yang mahir. Walau bagaimanapun, beliau nampaknya terlepas pandang perkara-perkara yang paling jelas dan dengan itu, membuat kesimpulan yang sangat salah. Kami pasti Datuk akan bersetuju bahawa para pemimpin Sabah harus berhenti mengeksploitasi sumber semula jadi berharga kita untuk eksport komoditi tahap rendah. Kini sudah tiba masanya bagi Sabah untuk membuat pembaharuan dan menentang komodotisasi hutan kita!
Persoalan terbesar sekali – apakah yang menghalang Sabah daripada menjadi pemimpin dunia dalam membina sebuah ekonomi perhutanan yang dihormati, telus dan lestari?