fbpx
Others

Sampai bila lagi WARISAN akan khianati rakyat Sabah?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Tiga petani dari Penampang telah bangkit dan mengambil tindakan undang-undang atas kegagalan kerajaan negeri Sabah yang diketuai Warisan dalam menepati janji-janjinya kepada rakyat Sabah.

Ini adalah kerana Warisan yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal gagal menepati janji mereka untuk membatalkan projek Empangan Papar (sebelum ini dikenali sebagai Empangan Kaiduan).

Sebaliknya, kerajaan negeri Warisan menyambung projek tersebut yang bakal memusnahkan rumah-rumah warga kampung tiga petani tersebut yang telah menetap di situ bergenerasi lamanya.

Petani dari Kampung Kalanggan, Kampung Buayan dan Kampung Kionop itu juga telah pergi ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menyuarakan protes mereka terhadap kerajaan negeri.

Tiga petani itu yang bernama Dasius Kawang, Mositol Sondigon dan Kurunbong, mengatakan pemimpin-pemimpin tinggi parti itu seperti Datuk Darell Leiking sering turun padang sebelum pilihanraya dan berjanji akan membatalkan projek itu jika mereka memenagi pilihanraya.

Akan tetapi selepas menang, para pemimpin ini telah meminggirkan mereka dan langsung tidak memberi sebarang berita berkenaan perhentian empangan itu. Sebaliknya, projek itu diteruskan lagi.

Turut merumitkan masalah ialah pelantikan Datuk Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang bertentangan dengan Enakmen Air Sabah 2003 di mana pengarah harus datang daripada latar belakang penjawat awam negeri Sabah. Amarjit bukanlah seorang penjawat awam, dan tindakan Shafie untuk mengekalkannya sebagai pengarah JANS telah menimbulkan tentangan daripada banyak pihak.

Mahkamah Tinggi KK sudah pun memutuskan pada 9 Oktober 2019 bahawa pelantikan Amarjit adalah tidak sah. Namun tiad tindakan diambil, malah sehari selepas keputusan mahkamah itu, melantik dua kontraktor untuk meneruskan projek empangan itu.

Salah satu daripada kontraktor itu didaftarkan pada 5 September 2018, hanya tiga minggu selepas pelantikan Amarjit pada 10 Ogos 2018.

Terbukti petani ini amat hampa dengan Warisan. Tiga insan ini adalah sebahagian daripada ribuan rakyat Sabah yang kecewa dengan kerajaan negeri. Sampai bila lagi Warisan nak mengkhianati janji-janji yang telah dibuat?

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.