Sudah lebih setahun sejak parti Warisan memegang tampuk pemerintahan negeri Sabah selepas PRU14. Jadi setakat ini apa yang kita boleh lihat terhadap tahap pembangunan negeri itu?
Jelas sekali, TIADA! Malah, Ketua Menteri (CM) Sabah Shafie Apdal mungkin telah membawa pembangunan negeri itu ke arah yang lebih bahaya! Segala janji manis yang dilontarkan sebelum PRU14 kini hanyalah omong kosong, sekadar ‘gula-gula’ untuk mendapatkan undi rakyat Sabah.
Lihat sajalah perbandingan pencapaian Sabah jika dibandingkan antara bekas CM, Musa Aman, dan CM sekarang:

Jelas lagi nyata yang Shafie tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Segala kejayaan yang dicapai oleh pentadbiran sebelum ini, dihentikan oleh Shafie atas kepentingan politik.
Malah, prestasi kabinet kerajaan Sabah setakat ini amatlah mengecewakan. Mereka tidak berpandangan jauh dalam menentukan arah kemajuan negeri itu, dan para penasihat Shafie sudah tentunya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mengurus hal ehwal negeri.
Inilah antara masalah yang timbul sejak kerajaan negeri bertukar tangan 16 bulan yang lalu:
- Tiada projek pembangunan infrastruktur yang baru untuk Sabah dan Labuan.
- Tiada pembaharuan sosial dan sosioekonomi yang boleh meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah
- Sabah kekurangan kepimpinan yang mantap. Kerajaan negeri sekarang tidak mempunyai keupayaan untuk membawa perubahan yang bernilai tinggi.
- Kerajaan Warisan tidak konsisten dalam pelaksanaan polisi, dengan menyambung semula projek yang sebelum ini dihentikan. Bagaimana rakyat boleh meletakkan harapan pada kerajaan yang sering melakukan ‘U-turn’ demi melaksanakan agenda politik mereka?
Jika ini dibiarkan melarat, Sabah akan menjadi negeri yang paling ketinggalan dalam Malaysia!
Apa Yang Merisaukan
Jelas sekali Shafie betul-betul mahukan wang pelaburan dari China, kerana syarat-syaratnya adalah mudah. Tetapi dalam usaha menarik pelaburan ini, kerajaan Warisan mungkin akan terlebih kompromi dalam terma dan syaratnya, yang mungkin akan menyebabkan kesan jangka panjang terhadap Sabah.
Ramai pakar ekonomi dari luar negara sudah pun memberi amaran tentang bahayanya pelaburan-pelaburan dari China yang ‘mudah’ ini. Jangan sehingga ekonomi Sabah tergadai kepada China hanya kerana kerajaan Warisan ingin menarik pelabur daripada negara komunis itu.
Menteri-menteri Sabah
Kerajaan Sabah yang sekarang hanyalah berupaya mengeluarkan kenyataan dan tuntutan yang kononnnya ‘berpandangan jauh’ untuk memenangi hati rakyat, tetapi akhirnya tiada apa-apa yang terjadi.
Selain itu, menteri-menteri di bawah Shafie Apdal juga tidak begitu mendapat kepercayaan rakyat kerana mereka jarang berinteraksi dengan masyarakat, menybebabkan jurang komunikasi yang meluas antara pemimpin dan rakyat.
Pentadbitan seperti ini tidak akan berjaya di Sabah kerana rakyat negeri itu pernah mengalami tempoh yang mencabar sebelum ini, dan dengan kerajaan baru ini mereka mengharapkan keadaan yang lebih baik sekarang. Sayang sekali, harapan mereka hancur selepas Warisan ‘naik takhta’.
Sampai bila kerajaan Warisan, terutamanya Ketua Menterinya, akan berubah? Demi kebajikan dan kemakmuran Sabah, mereka harus mula mengambil langkah yang konkrit dan berpandangan jauh, bukannya sekadar memberikan janji-janji manis kepada rakyat.
Jika mereka tidak mampu melakukan ini, fikirlah di mana mereka akan pergi selepas ini.
1 Comment
Masih main politik and sentiment selepas 16 bulan menjawat KM. Lebih pentingkan PTi drp rakyat tempatan