fbpx
Others

Selepas gagal menolong rakyat Sabah, Grand Thornton kini kembali untuk lebih banyak salah laku

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Tidak menghairankan Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (GTC), firma perakaunan antarabangsa, baru baru ini telah gagal dalam tanggungjawabnya untuk membantu 207 pembeli rumah dari projek Residensi Jaya di Selangor.

Pembeli rumah projek tersebut telah membayar wang pendahuluan, tetapi malangnya pemaju projek berkenaan telah gulung tikar menerusi perintah mahkamah pada Oktober 2019.

Pembiaya projek itu, Sabah Development Bank Bhd (SDBB) kemudian melantik GTC sebagai “receiver manager” bagi mengurus projek perumahan itu.

Jika diimbas kembali rekod prestasi GTC, kemungkinan besar semua pembeli rumah bagi projek itu tidak akan mendapat semula wang pendahuluan yang dibayar kerana GTC mempunyai reputasi buruk dalam mengurus kes seperti ini termasuk gagal memenuhi janji-janjinya.

Kes yang sama terjadi kepada Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) selepas seramai 1,500 pekerja kilang itu bukan sahaja hilang pekerjaan malah nasib mereka juga masih kabur kerana tindakan GTC.

Difahamkan semua pekerja SFI tetap mahu bekerja setiap hari di kilang itu bagaimanapun GTC tidak membenarkan mereka melakukan sebarang pekerjaan atau mengendalikan peralatan kerana tidak mempercayai mereka.

Pekerja SFI hanya menerima gaji asas yang dibayar sebagai pendahuluan daripada pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM98 juta dan diluluskan oleh SDBB.

Ketua Menteri Sabah sebelum ini pernah berkata bahawa beliau sendiri akan membantu kesemua pekerja SFI, tetapi malangnya, bantuan itu hanya sekadar ‘cakap-cakap orang politik’. Hakikatnya tiada apa yang dibantu beliau.

GTC juga telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa atas kesalahan amalan tidak beretika. Ini kerana, selepas GTC membuka tender bagi penjualan aset dalam SFI, sebuah syarikat, Pelangi Prestasi berjaya memperoleh tender tersebut. Oleh kerana GTC tidak berpuas hati dan enggan menyerahkan aset SFI kepada Pelangi Prestasi meskipun telah memenuhi syarat Perjanjian Jualan dan Pembelian, GTC menolak dan meminta untuk membuka sekali lagi tender. Tindakn GTC itu telah menyalahi undang-undang dan kini di saman Syarikat Pelangi Prestasi.

Mengulas lanjut mengenai projek Residensi Jaya, Apa yang mengejutkan kita semua ialah SDBB yang merupakan pembiaya projek itu dilantik oleh GTC hanya kerana mereka adalah ‘friendly parties’. Hubungan mereka bermula semasa isu SFI yang mana GTC kini menguruskan pinjaman tanpa jaminan SDBB untuk SFI. Oleh kerana ‘persahabatan’ inilah menyebabkan kedua-dua organisasi itu tidak memathui garis panduan dan prosedur yag ditetapkan dalam menjalankan perniagaan.

Apa yang menyedihkan adalah nasib pembeli rumah di projek berkenaan yang berkemungkinan besar hilang bayaran pendahuluan kerana sikap tamak pemaju sehingga terjerat dalam masalah undang-undang sehingga dihadap ke mahkamah.

Langkah tu sedikitpun tidak mampu membantu menyelesaikan isu pembeli rumah., Sama seperti nasib 1,500 pekerja SFI . Mereka semua adalah mangsa dan berhak mengadu kepada pihak berkuasa termasuk Institut Akaun Malaysia (MIA) mengenai tindakan GTC demi keadilan semua pihak.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.