Dalam satu majlis buka puasa pada bulan Mei, Shafie Apdal telah berjanji kepada para pekerja SFI untuk membayar gaji-gaji dan menjaga kebajikan mereka.
Sekarang nampak seperti semua itu hanyalah janji-janji kosong kerana sejak hari itu, para pekerja sering mengalami masalah kewangan kerana pembayaran gaji yang lambat.
Ini bukan sahaja tidak padan dengan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri, malah telah memberikan imej yang negatif kepada keikhlasan Shafie dalam membantu rakyat Sabah, terutamanya di Sipitang.
Kerajaan negeri kononnya ingin mengutamakan kesejahteraan ekonomi untuk rakyat Sabah – tetapi ini semua hanyalah sandiwara dan tiada sebarang kemajuan yang boleh membuktikan kenyataan itu.
Lihat sahaja pada Sabah Forest Industries (SFI) di Sipitang. Lebih seribu pekerja sekarang berada dalam dilema kerana Grant Thornton Consulting (GTC), administrasi (receiver manager) syarikat tersebut sentiasa membayar gaji dengan lambat kepada pekerja.
Hasilnya, pekerja tidak mampu menyara diri dan keluarga mereka lagi-lagi apabila GTC telah berjanji untuk menjaga kebajikan mereka, satu kenyataan yang diulangi oleh kerajaan negeri.
Selepas kerajaan negeri enggan mengeluarkan lesen pembalakan yang baru kepada Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) tanpa sebarang sebab – walaupun selepas menandatangani Perjanjian Penjualan & Pembelian (SPA) pada April tahun lalu dan membayar deposit sebanyak RM120 juta – GTC, pengurus utama SFI, kini bertanggungjawab ke atas penggajian pekerja. GTC gagal.
PPSB sudah membayar gaji pekerja daripada Mac 2018 sehingga Mac 2019, malah membayar gaji tertunggak oleh GTC sejak Januari 2018, sesuatu yang PPSB langsung tidak ada keperluan untuk melakukannya.
Tanpa sebuah pemilik yang sah untuk menyelamatkan SFI, GTC, yang sekarang bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang diambil dalam syarikat itu, telah gagal membayar gaji para pekerja SFI.
Jelasnya GTC tidak jujur dalam kemampuannya untuk mengendali SFI tanpa bantuan sebuah pemilik yang sah, dan secara asasnya tidak mampu menunaikan tanggunjawab sebagai administrasi (receivership responsibilities).
Namun, GTC, bersama kerajaan negeri Sabah, mematikan sebuah perjanjian yang mampu memanfaatkan masyarakat Sipitang.
PPSB sudah pun membuktikan bahawa mereka mampu membayar gaji pekerja SFI dan menjanjikan pelaburan dalam infrastruktur tempatan dan perkembangan masyarakat pada masa hadapan.
Mengapa GTC bertindak seperti ini? Jelas sekali, mereka tidak mengutamakan kepentingan pemegang saham dan para pekerja SFI apabila mereka mengendahkan PPSB selepas menandatangani SPA, menghentikan kerjasama itu dan mencari pembeli yang baru.
GTC nampak seperti mereka mendapat arahan daripada kerajaan negeri Sabah. Adakah sebuah administrasi yang bertanggungjawab patut menolak tawaran pembelian oleh sebuah syarikat ternama yang telah membuktikan kemampuannya dalam menyokong kakitangan SFI?
Sebagai administrasi, bukankah tanggungjawabnya termasuk mendapatkan pembeli yang ternama untuk menyelamatkan SFI?
GTC haruslah merujuk kembali agenda serta tanggungjawabnya. Adakah GTC bekerja untuk kepentingan SFI, termasuk Pemegang Amanah Maybank (pelantik GTC), pemilik, pemegang saham dan pekerjanya? Ataupun GTC bekerja untuk kepentingan kerajaan negeri Sabah?
Dan yang paling penting, adakah kerajaan negeri komited dalam pembangunan sosioekonomi negeri itu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat? Kalau diikutkan perkembangan terkini, jawapannya sudah tentu tidak.
