fbpx
Others

Teknologi Hijau Langkah Yang Bagus Untuk Sabah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Pelancaran Pertandingan Pameran Projek Inovasi Pelajar (Projex 19) di Politeknik Kota Kinabalu baru-baru ini merupakan satu langkah yang positif dalam membangunkan teknologi hijau di negeri Sabah.

Menteri Pendidikan dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob yang baru-baru ini melancarkan pertandingan tersebut berkata perkembangan teknologi yang pesat tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Pengenalan Projex 19 terhadap pelajar-pelajar Politkenik Kota Kinabalu merupakan langkah awal yang sempurna untuk memperkenalkan teknologi hijau di negeri itu.

Ini akan menggalakkan para pelajar ini untuk mengutamakan pembangunan teknologi hijau semasa berada dalam alam pekerjaan.

Sabah mempunyai pelbagai sumber semula jadi, daripada sumber pembalakan yang luas hinggalah ke sumber minyak, tetapi penggalian hasil-hasil ini perlu mengambil kira kesannya terhadap alam semula jadi.

Selain itu, pembangunan teknologi hijau juga berkait rapat dengan kebersihan persekitaran.

Menteri Kerajaan dan Perumahan Tempatan Datuk Jaujan Sambakong juga mengatakan penjagaan kebersihan bermula daripada kesedaran masyarakat.

Walaupun dengan undang-undang, penguatkuasaan dan denda yang kuat untuk menjaga persekitaran awam, Datuk Jaujan mengatakan adalah lebih efektif jika rakyat digalakkan untuk menjaga kebersihan daripada awal dan dijadikan budaya seharian.

Beliau merujuk kepada lawatannya ke Kalimantan, di mana beliau melihat persekitaran di situ dijaga dengan bersih, kerana masyarakatnya telah dididik untuk menjaga kebersihan.

Pendidikan teknologi hijau berkait rapat dengan penjagaan pembersihan sekitar. Jika kesedaran tentang kebersihan tidak dipupuk sejak awal, ia akan menyukarkan pelaksanaan teknologi hijau dan pencemaran alam sekitar akan dibiarkan begitu sahaja.

Pengenalan teknologi hijau adalah selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini, di mana Kelestarian merupakah salah satu daripada 8 aspek pemboleh daya wawasan tersebut.

WKB juga berpandukan daripada Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) yang meletakkan pembangunan berteraskan alam sekitar demi kesejahteraan sedunia. Matlamat SDG adalah untuk membangunkan komuniti dunia tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar.

Kedua-dua menteri Sabah di atas telah memulakan langkah awal yang betul dalam memacu budaya dan teknologi hijau di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.