fbpx
Berita Sabah

Usaha Kerajaan Sabah Untuk Menjual SFI Gagal

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Hasil semakan kehakiman baru-baru ini telah menggagalkan niat kerajaan negeri Sabah untuk menjual Sabah Forest Industries (SFI) kepada pihak ketiga secara tidak sah, lebih-lebih lagi apabila sebuah transaksi pembelian sudah pun dipersetujui dengan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB).

Tindakan kerajaan negeri Sabah ini perlu disemak dan ditangani segera. Jelas sekali terdapat kekurangan dalam protokol tadbir urus korporat dalam kerajaan negeri.

Hasrat kerajaan Sabah adalah untuk menyingkir PPSB daripada perjanjian SFI agar kepimpinan negeri boleh memilih sebuah kroni ‘rakan China’ untuk mengambilalih urusan SFI. Inilah sebab utama kerajaan negeri ingin menggalakkan lebih banyak pelaburan asing daripada China.

Namun, hasil semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini telah menghentikan usaha kerajaan negeri yang pelik itu. Permohonan PPSB untuk semakan kehakiman (application for leave to apply for Judicial Review and application for stay of the Decision) telah dibenarkan oleh hakim YA Tuan Ismail Brahim. Tarikh semakan kehakiman (JR) itu telah ditentukan untuk perbicaraan pada 23 Ogos 2019.

Peguam PPSB telah menekankan kepentingan untuk stay order, kerana terdapat bukti bahawa SFI/pengurusan penerima (Receiver Manager, R&M) berniat untuk menjual aset kepada pihak ketiga.

Terlebih dahulu, peguam untuk SFI/R&M telah memohon untuk permohonan leave to intervene SFI/R&M dan ditambah sebagai responden di dalam prosiding (Enclosure 8), untuk ditangguhkan di atas sebab SFI/R&M sudah memohon untuk penglibatan Gopal Sri Ram dalam hal ini. Ini telah dibenarkan oleh hakim yang arif.

Apabila peguam PPSB membantah Enclosure 8, SFI/R&M mengarahkan Gopal Sri Ram untuk memohon penglibatan ad hoc (ad hoc admission) untuk hadir sebagai peguam. Permohonan ad hoc SFI/R&M telah difailkan semalam dan sudah ditentukan untuk perbicaraan pada akhir Julai 2019. Peguam juga menambah bahawa SFI/R&M hanya memohon untuk ad hoc admission semalam dan hanya akan dibenarkan untuk campur tangan semasa JR, jika leave diluluskan.

Dengan keputusan ini, rancangan kerajaan Sabah untuk menjual asset SFI kepada pihak ketiga berjaya dihentikan. Sebelum ini, PPSB berjaya memenangi tender untuk aset SFI. Kemudian, sebuah pertikaian undang-undang timbul apabila kerajaan negeri Sabah dan Grant Thornton melengahkan penyelesaian transaksi penjualan itu dengan sengaja. Grant Thornton adalah pengurus penerima (receiver manager) yang dilantik oleh Pemegang Amanah Maybank (Maybank Trustees) untuk mengurus hal ehwal SFI.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.