fbpx
Others

Warisan, Belajar Daripada Kekalahan PH Di Tanjung Piai

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerimak kekalahan yang amat teruk dalam pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November. Parti kerajaan itu kalah teruk kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar sebanyak 15,000 undi!

Majoriti besar ini menunjukkan bahawa rakyat sudah kecewa dengan janji-jani PH yang tidak ditepati selepas mereka memegang tampuk pemerintahan pada pilihanraya umum. Menyedari situasi ini, BN mengambil kesempatan dengan menggembleng sepenuh tenaga dalam jentera kempen mereka untuk meraih undi, dan mengungkitkan isu daripada manifesto PH yang tidak ditunaikan.

Perkembangan politik di Semenanjung ini sepatutnya memberi ajaran kepada parti politik di Borneo. Parti yang memerintah Sabah sekarang, Warisan, perlu mengambil iktibar daripada kekecewaan rakyat Johor yang muak dengan prestasi PH yang mengecewakan.

Dan malang sekali, prestasi Warisan boleh dikatakan sama mengecewakan seperti PH. Warisan tidak menjadi parti berbakti seperti yang diharapkan oleh rakyat Sabah. Daripada isu pengangguran yang semakin meningkat, hinggalah isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), Warisan tidak menawarkan penyelesaian yang konkrit terhadap masalah-masalah negeri itu.

Malah, beberapa inisiatif yang dilakukan oleh Warisan dan mengatakan bahawa ia adalah idea mereka, pada hakikatnya adalah inisiatif yang dimulakan oleh BN dan Warisan cuma menyambungnya.

Bukanlah salah jika Warisan ingin menyambung program BN yang berjaya, tetapi mengaku sahajalah jika mereka sekadar menyambung legasi BN di Sabah.

Lihat sahaja pada infografik di bawah:

Rajah 1 – Perbandingan ekonomi Sabah di antara BN dan Warisan

Rajah 2 – Projek-projek BN yang diteruskan oleh Warisan sekarang.

Ini belum kira lagi projek-projek kontroversial di bawah kerajaan Warisan, seperti empangan Papar yang ditentang ramai rakyat Sabah, pengenalan Pas Sementara Sabah (PSS) buat ribuan PATI, dan mengganggu operasi Sabah Forest Industries (SFI) yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah jika kerajaan negeri tidak terlalu bercampur tangan dengan hal ehwal sektor swasta.

Jika parti Warisan ingin dilantik dalam pilihanraya selepas ini, pemimpinnya perlu mula mengambil peduli terhadap isu-isu yang sering dibangkitkan ini dan buktikan kepada rakyat bahawa Warisan masih meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Datuk Seri Shafie Apdal dan kabinetnya perlu menangani masalah-masalah ini jika parti Warisan ingin mengekalkan kedudukan mereka sebagai kerajaan negeri.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.