fbpx
Others

Warisan gagal tunai janji bantu SFI

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr

Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dikatakan akan memperjuangkan kedudukan sosio ekonomi rakyat Sabah jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus menjadi tanda tanya.

Ini kerana, selepas dua tahun menerajui kepimpinan kerajaan negeri, tiada perubahan dalam aspek sosio ekonomi yang dibawakan Warisan, malah perkara itu lebih rumit berbanding sebelum ini berikutan peningkatan kos hidup.

Pernah suatu ketika dahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal dalam setiap kali ceramah kempen PRU-14 lalu membicarakan soalan peningkatan sosio ekonomi rakyat di negeri itu.

Namun, selepas dua tahun menjawat jawatan Ketua Menteri, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan dilihat gagal mengotakan janjinya untuk meletakkan Sabah sebaris dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Apa tidaknya, isu yang membabitkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai kilang kertas Sabah iaitu Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI) sehingga hari ini gagal diselesaikan.

Lebih malang lagi, syarikat gergasi yang ditubuhkan sejak 1982 dan menjadi antara syarikat pembalakan terbesar di Malaysia tidak lagi meneruskan operasinya sejak dua tahun lalu berikutan keputusan drastik Mohd Shafie yang menghentikan operasi pembalakkan tanpa sebab dan alasan kukuh.

Dalam soal ini, yang paling terkesan adalah pekerja di SFI yang tidak mendapat elaun pekerjaan kerana kilang itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

Mohd Shafie pernah berjanji dalam satu majlis berbuka puasa pada Mei 2019, untuk membayar gaji-gaji dan menjaga kebajikan para pekerja SFI.

Namun, semua itu nampaknya hanyalah janji-janji kosong dan ‘gula-gula’ manis beliau yang amat pahit dirasai rakyat Sabah khususnya pekerja SFI yang berdepan masalah kewangan kerana kelewatan pembayaran gaji.

Selepas itu, beliau pula menambah perasa dalam isu tersebut dengan memberi seribu harapan kepada SFI dimana syarikat itu bakal dibeli oleh syarikat terkemuka dari China iaitu Lee & Man Paper Manufacturing Ltd.

Persoalannya, kenapa harus beliau mengutamakan syarikat dari luar? Sedangkan sudah ada syarikat tempatan iaitu Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) dengan membuktikan kesungguhannya dalam menunaikan perjanjian jual beli (SPA) yang ditandatangani dan telah membayar gaji para pekerja SFI sehingga Januari 2019 sebelum dihentikan oleh pihak penerima (Receiver & Manager) SFI.

Anehnya, kenapa kepimpinan negeri Sabah menidakkan keupayaan syarikat tempatan dalam menerajui perniagaan terbesar negeri

Yang menjadi kebimbangkan rakyat Sabah adalah, jika syarikat itu diberikan kepada syarikat luar khususnya China, adakah peluang pekerjaan itu akan diberikan sepenuhnya kepada penduduk tempatan?

Jika perkara sedemikian tidak ditentang habis-habisan, tidak hairanlah jika selepas ini Sabah atau Sipitang akan dibanjiri warga asing yang didatangkan khas dari tanah besar China dengan alasan untuk memajukan SFI.

Justeru, rakyat Sabah perlu ingat bahawa SFI memainkan peranan yang penting dalam sosio ekonomi di Sabah khususnya di Sipitang.

Majoriti penduduk di daerah itu mencari rezeki di syarikat pembalakan tersebut, dan sebarang krisis yang melanda SFI boleh menjejaskan ekonomi Sabah dan Sipitang secara menyeluruh.

Kegagalan Mohd Shafie dengan ‘menggadai’ syarikat bumiputera Sabah kepada ‘orang luar’ juga akan mengakibatkan kelembapan pekembangan ekonomi negeri sekali gus menjejaskan pembangunan sosio ekonomi negeri itu sehingga mengetepikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dimana tempoh kempennya berbaki sehari sebelum hari pengundian pada Sabtu ini, segala ‘perang’ kempen akan menjadi kekeliruan rakyat di kawasan itu.

Apapun, rakyat Kimanis perlu bijak menilai dan membuat keputusan untuk memilih siapakah wakil rakyat yang benar-benar ikhlas untuk membawa dan mengangkat agenda bukan sahaja di peringkat negeri, malah di Persekutuan.

Write A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.